Sabtu, September 10, 2011

Kerjaya Perbankan dan Kewangan


Penjelasan Kursus:
Kursus pengajian ini lebih berfokuskan tentang perbankan dan kewangan yang meliputi pelbagai aspek seperti pengurusan kewangan dan bank, pelaburan kewangan, jenis-jenis ekonomi di dunia, jenis-jenis teras perbankan, analisis ekonomi dunia dan tempatan, perbankan elektronik, insurans, pengurusan perniagaan dan sebagainya yang berkait rapat dengan ekonomi, perbankan dan kewangan.
Cabaran:
Perlu mengusai Bahasa Inggeris (BI merupakan bahasa utama dalam P&P di MMU), fokus terhadap terma dan formula ekonomi dan kewangan, perlu peka dan memahami isu ekonomi semasa kerana keupayaan untuk menganalisis ekonomi dan kewangan sangat diperlukan.
Cabaran di MMU yang merupakan salah satu IPTS yang terdiri lebih 72 bangsa (bangsa di Malaysia dan pelajar asing), maka persaingan sangat hebat. Namun persaingan itu yang akan menjadikan anda lebih peka dan semangat untuk mengejar kejayaan.
Cabaran terakhir adalah Orientasi pengajaran dan pembelajaran di MMU yang sangat tegas serta mementingkan kualiti dalam melahirkan graduan berkualiti. Namun berfikir secara positif faktor tersebut menyebabkan graduan keluaran MMU dijamin dan mudah mendapat tawaran kerja (atas faktor kualiti).
Peluang Kerja:
Sektor perbankan (bank), syarikat swasta dan awam, broker saham, perancang kewangan, Pengurus aset, Konsultan kewangan, HR eksekutif, dan sebagainya. (kursus ini antara kursus yang meliputi pelbagai aspek pengurusan).
Contoh: Bursa Saham, Syarikat Awam dan swasta (bahagian kewangan dan akaun), Bank-bank, dan Firma Perlaburan dan Insurans.
Subjek SPM yang perlu dikuasai:
- Bahasa Inggeris
- Prinsip Akaun
- Ekonomi (Untuk pelajar perdagangan)
- Perdagangan (Untuk pelajar perdagangan)
- Matematik Moden
- Subjek lain yang berkaitan seperti Matematik Tambahan jika dapat dikuasai lagi bagus
Kepada pelajar jurusan sains : bidang perbankan dan kewangan adalah pilihan terbaik anda jika penguasaan dalam bidang sains tidak sebaik yang diinginkan. Saya juga bekas pelajar sains, saya bermula dari awal diperingkat Universiti hanya berbekalkan subjek Prinsip akaun (salah satu subjek tambahan SPM), Matematik dan Bahasa Inggeris. Namun ada juga rakan-rakan saya yang langsung tiada asas dapat mencapai keputusan yang baik.
Saya nasihatkan adik-adik di luar sana, kalau nak ambil course make sure course tu ade jaminan tawaran kerja. Cuba dalami isu semasa di negara kita (contoh pengangguran di Malaysia di kalangan menjadi guru) – salah IPT yang mengambil terlalu ramai pelajar disebabkan orientasi keuntungan dan ekonomikal, sedangkan peluang kerja tak cukup.

Isnin, Februari 07, 2011

Selasa, Januari 11, 2011

Ahad, Disember 19, 2010

Juruterbang

Untuk kerjaya pilihan kali ini ialah sebagai seorang JURUTERBANG atau PILOT. Kerjaya ini menjanjikan pendapatang yang cukup lumayan serta pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko tinggi.



Ciri-ciri peribadi yang diper
lukan:

+ Mempunyai komitmen yang tinggi dan minat yang mendalam terhadap kerjaya.
+ Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani.
+ Boleh berkomunikasi dengan baik.
+ Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
+ Menguasai matapelajaran matematik, sains dan fizik.
+ Berumur 18 hingga 24 tahun.
+ Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental.
+ Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan alat
optik hanya untuk juruterbang tentera udara sementara juruterbang komersial 6/60 dengan bantuan alat optik serta tidak rabun warna).
+ Ketinggian minimum tidak kurang dari 5 kaki 4 inci.
+ Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh yang singkat atau lama.


Syarat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan.

Untuk menjadi juruterbang pesawat penumpang atau kargo anda, anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau latihan sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.

Pelajar yang berminat untuk mengikuti Latihan Penerbangan perlu lulus dengan mendapat kepujian dalam bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.


Tempat Untuk Mengikuti Latihan Penerbangan.

Di antara tempat latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Asia Pasific Flight TrainingMalaysian Flying Academy . Semasa di sekolah latihan, peserta akan mengikuti latihan secara teori dan praktikal dalam tempoh yang ditetapkan. Selepas mengikuti latihan dengan jayanya anda akan memperoleh lesen penerbangan.



Untuk maklumat lanjut sila layari link di bawah:
Asia Pasific Flight Training.
HM Aerospace Sdn Bhd
British Airways
TUDM


sumber: youcareer.blogspot

Kerjaya Jurutera

KERJAYA jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara. Tanpa jurutera, siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang?
Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan.

Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal.
Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula jadi.
Mereka perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.
Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
Di antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.
Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini.
Setiap hari, pasti ada syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar tempatan.
Walaupun kerjaya ini mencabar, ia mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan sekali gus mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan
1. Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa
2. Mempunyai kemahiran komputer
3. Tekun dan bekerja keras
4. Mempunyai keinginan untuk berjaya
5. Seorang yang dinamik

6. Dapat bekerja secara berkumpulan

7. Meminati profesion ini

Syarat menceburi bidang ini
Calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara.
Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia.
Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional.
Tempat melanjutkan pengajian
Universiti yang menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), UKM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO).
UTM, UPM, UiTM dan politeknik Kementerian Pendidikan menawarkan kursus di peringkat diploma.
Universiti-universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand dan Singapura turut menawarkan kursus ini.

Syarat melanjutkan pengajian
Calon perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Vokasional (SPMV) dan mendapat kepujian mata pelajaran matematik moden, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, bahasa Melayu dan Inggeris.
Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, calon perlu lulus matematik tulen, matematik gunaan, fizik, kimia, biologi dan pengajian am.
Tempoh pengajian adalah di antara empat hingga enam tahun.
Lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh memohon masuk ke UKM, UM, UPM, USM, UNIMAS, UMS dan UiTM serta universiti-universiti di Australia, Kanada, United Kingdom, New Zealand dan Singapura.
Lulusan program matrikulasi atau asasi sains yang berjaya akan diterima masuk ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti tempatan.
Di UTM pula, kursus kejuruteraan yang memakan masa lima tahun pengajian boleh diikuti secara terus selepas SPM.
Universiti swasta tempatan seperti Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Teknologi Petronas juga menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda.
Lulusan diploma dari UTM, UPM, UiTM, politeknik Kementerian Pendidikan dan kolej swasta juga boleh memohon.
Jurutera ialah individu yang terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang.
sumber:smksm.net

Doktor Haiwan












Untuk maklumat lanjut, klik di bawah
http://www.vet.upm.edu.my/undergrad.html