Sabtu, September 10, 2011

Kerjaya Perbankan dan Kewangan


Penjelasan Kursus:
Kursus pengajian ini lebih berfokuskan tentang perbankan dan kewangan yang meliputi pelbagai aspek seperti pengurusan kewangan dan bank, pelaburan kewangan, jenis-jenis ekonomi di dunia, jenis-jenis teras perbankan, analisis ekonomi dunia dan tempatan, perbankan elektronik, insurans, pengurusan perniagaan dan sebagainya yang berkait rapat dengan ekonomi, perbankan dan kewangan.
Cabaran:
Perlu mengusai Bahasa Inggeris (BI merupakan bahasa utama dalam P&P di MMU), fokus terhadap terma dan formula ekonomi dan kewangan, perlu peka dan memahami isu ekonomi semasa kerana keupayaan untuk menganalisis ekonomi dan kewangan sangat diperlukan.
Cabaran di MMU yang merupakan salah satu IPTS yang terdiri lebih 72 bangsa (bangsa di Malaysia dan pelajar asing), maka persaingan sangat hebat. Namun persaingan itu yang akan menjadikan anda lebih peka dan semangat untuk mengejar kejayaan.
Cabaran terakhir adalah Orientasi pengajaran dan pembelajaran di MMU yang sangat tegas serta mementingkan kualiti dalam melahirkan graduan berkualiti. Namun berfikir secara positif faktor tersebut menyebabkan graduan keluaran MMU dijamin dan mudah mendapat tawaran kerja (atas faktor kualiti).
Peluang Kerja:
Sektor perbankan (bank), syarikat swasta dan awam, broker saham, perancang kewangan, Pengurus aset, Konsultan kewangan, HR eksekutif, dan sebagainya. (kursus ini antara kursus yang meliputi pelbagai aspek pengurusan).
Contoh: Bursa Saham, Syarikat Awam dan swasta (bahagian kewangan dan akaun), Bank-bank, dan Firma Perlaburan dan Insurans.
Subjek SPM yang perlu dikuasai:
- Bahasa Inggeris
- Prinsip Akaun
- Ekonomi (Untuk pelajar perdagangan)
- Perdagangan (Untuk pelajar perdagangan)
- Matematik Moden
- Subjek lain yang berkaitan seperti Matematik Tambahan jika dapat dikuasai lagi bagus
Kepada pelajar jurusan sains : bidang perbankan dan kewangan adalah pilihan terbaik anda jika penguasaan dalam bidang sains tidak sebaik yang diinginkan. Saya juga bekas pelajar sains, saya bermula dari awal diperingkat Universiti hanya berbekalkan subjek Prinsip akaun (salah satu subjek tambahan SPM), Matematik dan Bahasa Inggeris. Namun ada juga rakan-rakan saya yang langsung tiada asas dapat mencapai keputusan yang baik.
Saya nasihatkan adik-adik di luar sana, kalau nak ambil course make sure course tu ade jaminan tawaran kerja. Cuba dalami isu semasa di negara kita (contoh pengangguran di Malaysia di kalangan menjadi guru) – salah IPT yang mengambil terlalu ramai pelajar disebabkan orientasi keuntungan dan ekonomikal, sedangkan peluang kerja tak cukup.