Ahad, Disember 19, 2010

Arkitek

Seluruh dunia sudah sedia maklum bahawa matematik sememangnya memainkan peranan penting dalam bidang senibina sejak dahulu lagi. Sebagai contoh, kehebatan dan pencapaian mengagumkan ilmuwan Islam dalam pembinaan Istana al-Hamra'/al-Hambra dan Taj Mahal. Senibina merupakan satu bidang yang menyatukan bidang seni, bidang matematik dan bidang sains. Pekerja di bidang ini yang dikenali sebagai arkitek bertanggungjawab di dalam mereka bentuk bangunan, susunan kawasan Bandar dan luar Bandar, merancang kemudahan asas dan menganggar kos projek.

Taj Mahal dan Istana al-Hamra'/al-Hambra


Di antara bidang tugas yang dijalankan oleh pekerja di bidang ini ialah:
·Mengenalpasti keperluan-keperluan pelanggan seperti peruntukan projek, kegunaan bangunan dan bila bangunan hendak digunakan. 
· Menyedia pelan atur dan menentukan cirri-ciri senibina luar, memilih bahan-bahan dan menyediakan pelan hiasan.
 ·Menyelaras rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik.
 ·Menyedia pelan-pelan dan spesifikasi untuk kontraktor dan memastikan bahawa rekabentuk  mematuhi undang - undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta mendapatkan kelulusan  rekabentuk dan pembinaan dari PBT.
 ·Memastikan bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kemajuan kerja mengikut jadual dan   perbelanjaan projek tidak melebihi peruntukan.
 ·Memastikan bangunan yang dibina mendapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon dan   sebagainya.  

Terdapat pelbagai peluang pekerjaan di sektor awam dan swasta bagi kerjaya di bidang ini. Peluang di sektor awam seperti di Jabatan Kerja Raya, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Bandaraya, Perbadanan Kemajuan Negeri dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi. Manakala di sektor swasta kebanyakan peluang pekerjaan terdapat di firma-firma arkitek.
  
 Seperti yang diketahui Malaysia mempunyai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menyediakan pelbagai peluang kepada para pelajar untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Di antara IPTA yang menyediakan kursus di bidang ini ialah Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Politeknik Ungku Omar dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang menyediakan kursus di bidang ini seperti Twintech Institute Of Technology, Lim Kok Wing Institute Of Creative Technology dan sebagainya.  

   Kelayakan minimum yang diperlukan untuk mengikuti kursus ini di peringkat pengajian tinggi ialah mempunyai SPM atau setaraf sekurang-kurang 3 atau 5 kepujian dalam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia atau STPM sekurang-kurangnya gred E dalam Kertas Am, Matematik, Fizik atau berkaitan. Selain itu, pelajar yang berminat untuk menceburi bidang ini seharusnya mempunyai ciri – ciri peribadi seperti berkemampuan dalam menganalisa logik pengurusan dan pengakuan, mempunyai kefahaman dalam matematik, sains, fizik, sejarah dan kesenian, berkebolehan menyelesaikan masalah, kreatif dan imaginatif, boleh menganalisa secara logik dan mempunyai daya pemerhatian yang tajam bagi memudahkan mereka untuk menguasai bidang ini.

sumber:mathed.utm.my