Jumaat, Disember 17, 2010

Ahli Geologi

Tugas utama ahli geologi ialah menyiasat struktur dalam bumi. Secara ringkas, geologi adalah satu bidang ilmu berkaitan sains bumi yang mengkaji kejadian, perkembangan dan kandungan bum Antara yang menjadi kajian ialah tanah runtuh, tanah jerlus dan tanah atau jalan raya mendap. Ahli geologi akan mengkaji dan meneliti punca kejadian serta menyiasat dan menilai struktur bahan, kekuatan tanah dan keadaan bawah permukaan tanah. Aspek persekitaran yang terdapat di kawasan kejadian juga dikaji untuk mencari jawapan punca kejadian. Selain itu, ahli geologi mengkaji mengenai evolusi kehidupan di planet bumi serta yang terkini, mereka turut membuat kajian mengenai cakerawala lain seperti planet dan satelit.
Untuk menjadi ahli geologi, seseorang itu perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda Geologi yang ditawarkan di universiti awam antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beberapa universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, New Zealand, Kanada dan United Kingdom turut menawarkan program biologi. Meminati profesion ini dan berminat melakukan penyelidikan, sanggup bekerja di lapangan tanpa mengira tempat dan masa merupakan antara syarat yang perlu ada pada seseorang untuk menjadi ahli geologi.
Kerjaya ini menjanjikan pendapatan lumayan iaitu gaji permulaan antara RM2,000 dan RM3,000 sebulan. Syarikat petroleum dan cari gali petroleum seperti Petronas memerlukan ahli geologi. Sektor lain yang menjadi laluan kerjaya ini ialah kejuruteraan awam, perlombongan, pengkuarian dan geteknik. Di sektor ini, ahli geologi akan terlibat dalam projek lebuh raya, lapangan terbang, empangan dan bangunan tinggi. Kita boleh membuka syarikat perunding sendiri jika tidak berminat bekerja dengan orang lain atau bekerja di muzium dan makmal penyelidikan, Di sektor awam pula, ahli geologi boleh berkhidmat dengan Jabatan Kajibumi atau sebagai pensyarah.
Sumber: Estidotmy